Sunday, May 15, 2011

guru..oh..guru

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...."



sajak nukilan Usman Awang ini cukup menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang pendidik..rangkap sajak ini juga biasa menjadi hiasan di sekolah-sekolah, termasuk di sekolah lama ku..


guru, cikgu, ustaz, ustazah, teacher ataupun sir..mereka sama sahaja, merekalah pendidik..insan yang sering diumpamakan dengan lilin yang rela membakar diri demi kesenangan orang lain..sama seperti guru yang rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dalam mendidik generasi muda demi kesinambungan kepimpinan pemimpin hebat pada hari ini..


GURU...
tanpa dirimu, aku tak tahu dimana aku di saat ini..
tanpa dirimu, mungkin aku tak kuat untuk berdiri dalam dunia pancaroba ini..
tanpa dirimu, mungkin aku lemah pada hari ini..


keranamu, aku mengenal ABC..
keranamu, aku bisa mengira..
keranamu, aku boleh membaca..
keranamu, aku mampu melangkah sejauh ini..


tiada ucapan, tiada hadiah yang mampu dibandingkan dengan jasamu wahai guru..
jika bintang di langit malam boleh dipetik, jika bulan mengambang penuh boleh dijadikan hadiah..
ini semua tidak mampu membalas segala jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan buat kami..


terima kasih, cikgu..
terima kasih, guru..
terima kasih, ustaz..
terima kasih, ustazah..
thank you, teacher..
thank you, sir..


hanya ini yang mampu diucapkan disaat ini..
aku hanya insan lemah, jauh sekali mampu membalas segala jasa-jasamu..


namun,
akan aku cuba mencipta kejayaan dan menjadi insan berguna dalam dunia ini..
dengan harapan mampu menggembirakan hatimu, guru..
tiada apa yang mampu aku hadiahkan..


TERIMA KASIH GURU....

No comments:

Post a Comment