Tuesday, March 8, 2011

kasih seorang ibu...

Hari ini- 8th March 2011...aku dengar ada yang ucap Selamat Hari Wanita. Tiba-tiba aku teringat pada seorang wanita yang aku kagumi selama aku hidup di bumi Allah hampir 19 tahun. Bagi aku, ibulah wanita pertama dalam hidupku dan sepatutnya ianya juga terjadi dalam kehidupan insan lain. Walaupun mempunyai kerjaya, isteri yang cantik, kemewahan serta keluarga yang bahagia, kita perlu ingat siapalah diri kita tanpa seorang wanita yang bernama ibu..

Tanpa dikau, siapalah diri ini hari ini...
Jika ibu tidak kuat membawa aku dalam kandungan selama 9 bulan, pasti tidak ku kenal erti hidup ini..
Jika ibu tidak gagah menahan kesakitan tatkala melahirkan aku, mungkin aku tiada di sini..
Jika ibu tidak sabar melayan rengekanku, sudah pasti aku habis dipukulnya...
Jika ibu tidak menghulurkan tangan tatkala aku terjatuh, sudah pasti aku tidak sekuat hari ini...
Jika ibu tidak mengerah keringat membantu ayah, sudah pasti aku kelaparan...
Jika ibu tidak sedia mendengar luahan hati dan perasaanku, tidak dapat ku bayangkan keadaan ku sekarang..
Jika ibu tidak meleteri ku, mungkin ku tidak menjadi insan berguna..

Namun, hakikatnya dirimu memang hebat wahai wanita yang bernama IBU...
Dikau membawaku dalam kandungan selama 9 bulan tanpa mengeluh, walaupun aku dalam kandunganmu ketika itu hanya membuat dirimu tidak selesa dan tidurmu tidak lena...
Dikau gagahkan juga dirimu tatkala melahirkan diriku ke dunia ini, walaupun ketika itu dirimu sedar bahawa nyawamu mungkin hilang dalam pertarungan ini...
Dikau celikkan matamu yang kuyu keletihan tatkala aku mengejutkan seisi rumah dengan tangisanku..
Dikau keluar bekerja membantu ayah mencari rezeki demi keluarga...
Dikau akan penuhi segala permintaan diri ini yang masih belum kenal erti kepayahan hidup...

Tatkala aku dahaga, ibulah yang memberiku susu...
Tatkala aku kelaparan, ibulah yang menyuapku nasi...
Tatkala aku mengantuk, ibulah yang menidurkanku...
Tatkala aku menangis, ibulah yang memujukku...
Tatkala aku didatangi masalah, ibulah yang membantu, memberi nasihat...
Tatkala aku masuk ke alam persekolahan, ibulah yang menyiapkan buku serta pakaianku setiap hari...
Tatkala aku membesar dan berjaya menempatkan diri di asrama, ibu berpisah dengan ku bersama linangan air mata...walaupun ia hanya perpisahan sementara...

Betapa besar kasih sayangmu buatku wahai ibu...
Ibu, dikau akan terus bertahta dalam hatiku...
Dikaulah wanita hebat, wanita gagah, wanita berani dalam hidupku walaupun dikau tidak pernah merasakan dirimu hebat, gagah serta berani...
Tapi inilah dirimu wahai wanita yang bergelar ibu...

Ketahuilah bahawa dirimu begitu berharga dalam kehidupan setiap insan. Buat mereka-mereka yang masih diberi kesempatan oleh Allah untuk merasa nikmat kasih sayang ibu, hargailah mereka sebaik mungkin kerna mereka bukanlah milik kita selamanya. Marilah kita sama-sama menzahirkan rasa cinta, sayang serta rindu buat mereka...WANITA BERGELAR IBU~~~

ibu serta ayah tercinta






Friday, March 4, 2011

kenapa perlu bersedih wahai diri ini....?

Dalam hidup ini, kesusahan, kekecewaan, tekanan dan kesedihan tidak pernah sunyi dari menjenguk hati-hati manusia. Sudah menjadi lumrah untuk merasa semua ini dalam kehidupan seharian. Namun adakah insan-insan yang tidak pernah merasa kesedihan? Alangkah bahagia bagi mereka yang tidak pernah merasa kesedihan kerana kesedihan, kekecewaan dan kegagalan yang cukup menyiksa diri dan hati. Kadangkala kesedihan ini tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk kata-kata, perbuatan mahupun reaksi muka. Hanya pemilik diri dan hati ini serta Dia Yang Maha Mengetahui sahaja yang mengetahui bagaimana remuk, hancur serta punahnya hati dan segala harapan tatkala bersedih. Seakan tiada lagi harapan serta jalan yang perlu ditempuh, seakan tiada lagi cahaya yang menanti. Inilah yang sering berlegar dalam benak fikiran serta minda-minda insan yang bersedih. Mungkin mereka-mereka yang tidak bersedih tidak merasakan semua ini, jadi usahlah memberi konklusi terlalu awal untuk mereka-mereka yang berduka hati ini. Ada yang disebabkan masalah peribadi, ada yang disebabkan kekasih hati dan dengan 1001 sebab lain yang boleh menyebabkan kesedihan.
bila hati berduka....
siapa yang menduga isi hati si kecil ini?





















Namun, sampai bila diri ini ingin terus berduka...?Lagi-lagi apabila kedukaan ini dicipta oleh insan lain ataupun oleh benda asing yang bukan milik kita. Adakah ia adil apabila melihat insan yang menyebabkan diri ini bersedih bergembira sedangkan hati ini terus bersedih dan terus bersedih. Ayuh bangkitlah wahai diri ini, terus maju ke depan, jangan kau tewas dengan perasaan kecewa ini, kerna kekecewaan, kegagalan serta kedukaan akan membuat dirimu lebih matang dari yang lain. 
Sememangnya semua insan ingin hidup bahagia, namun mengapa kesedihan masih terus mengunjungi kehidupan ini. Bahagia pasti tiba apabila diri ini mensyukuri saat-saat bahagia yang pernah ditempuh sebelum ini. Sebenarnya saat bahagia lebih banyak jika ingin dibandingkan dengan masa-masa sedih, namun mengapa masih ingin mengenang masa-masa sedih? Ayuh diri ini, lupakan sahaja saat-saat sedih namun jangan kau lupa untuk mengambil 1001 pengajaran yang kau peroleh tatkala bersedih. Masa lalu adalah untuk dilupakan walaupun ianya berat untuk dilupakan, ianya hanya untuk dilupakan. Jika ia tetap dikenang, percayalah diri ini bahawa tiada apa yang kau bisa lakukan kerana ianya telah pun berlaku, ianya telah pun berlaku dan ianya telah pun meninggalkan dirimu jauh dan semakin jauh. Tiada kenderaan canggih serta laju yang bisa membawa diri ini ke masa lalu. Jadi, mengapa masih ingin bersedih wahai diri ini? Syukurilah apa yang kita ada di saat ini walaupun apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan....Ayuh diri ini, lupakan saja apa yang telah berlalu dan berbahagialah!
Firman Allah : ......tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.