Sunday, May 15, 2011

guru..oh..guru

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...."



sajak nukilan Usman Awang ini cukup menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang pendidik..rangkap sajak ini juga biasa menjadi hiasan di sekolah-sekolah, termasuk di sekolah lama ku..


guru, cikgu, ustaz, ustazah, teacher ataupun sir..mereka sama sahaja, merekalah pendidik..insan yang sering diumpamakan dengan lilin yang rela membakar diri demi kesenangan orang lain..sama seperti guru yang rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dalam mendidik generasi muda demi kesinambungan kepimpinan pemimpin hebat pada hari ini..


GURU...
tanpa dirimu, aku tak tahu dimana aku di saat ini..
tanpa dirimu, mungkin aku tak kuat untuk berdiri dalam dunia pancaroba ini..
tanpa dirimu, mungkin aku lemah pada hari ini..


keranamu, aku mengenal ABC..
keranamu, aku bisa mengira..
keranamu, aku boleh membaca..
keranamu, aku mampu melangkah sejauh ini..


tiada ucapan, tiada hadiah yang mampu dibandingkan dengan jasamu wahai guru..
jika bintang di langit malam boleh dipetik, jika bulan mengambang penuh boleh dijadikan hadiah..
ini semua tidak mampu membalas segala jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan buat kami..


terima kasih, cikgu..
terima kasih, guru..
terima kasih, ustaz..
terima kasih, ustazah..
thank you, teacher..
thank you, sir..


hanya ini yang mampu diucapkan disaat ini..
aku hanya insan lemah, jauh sekali mampu membalas segala jasa-jasamu..


namun,
akan aku cuba mencipta kejayaan dan menjadi insan berguna dalam dunia ini..
dengan harapan mampu menggembirakan hatimu, guru..
tiada apa yang mampu aku hadiahkan..


TERIMA KASIH GURU....

Tuesday, March 8, 2011

kasih seorang ibu...

Hari ini- 8th March 2011...aku dengar ada yang ucap Selamat Hari Wanita. Tiba-tiba aku teringat pada seorang wanita yang aku kagumi selama aku hidup di bumi Allah hampir 19 tahun. Bagi aku, ibulah wanita pertama dalam hidupku dan sepatutnya ianya juga terjadi dalam kehidupan insan lain. Walaupun mempunyai kerjaya, isteri yang cantik, kemewahan serta keluarga yang bahagia, kita perlu ingat siapalah diri kita tanpa seorang wanita yang bernama ibu..

Tanpa dikau, siapalah diri ini hari ini...
Jika ibu tidak kuat membawa aku dalam kandungan selama 9 bulan, pasti tidak ku kenal erti hidup ini..
Jika ibu tidak gagah menahan kesakitan tatkala melahirkan aku, mungkin aku tiada di sini..
Jika ibu tidak sabar melayan rengekanku, sudah pasti aku habis dipukulnya...
Jika ibu tidak menghulurkan tangan tatkala aku terjatuh, sudah pasti aku tidak sekuat hari ini...
Jika ibu tidak mengerah keringat membantu ayah, sudah pasti aku kelaparan...
Jika ibu tidak sedia mendengar luahan hati dan perasaanku, tidak dapat ku bayangkan keadaan ku sekarang..
Jika ibu tidak meleteri ku, mungkin ku tidak menjadi insan berguna..

Namun, hakikatnya dirimu memang hebat wahai wanita yang bernama IBU...
Dikau membawaku dalam kandungan selama 9 bulan tanpa mengeluh, walaupun aku dalam kandunganmu ketika itu hanya membuat dirimu tidak selesa dan tidurmu tidak lena...
Dikau gagahkan juga dirimu tatkala melahirkan diriku ke dunia ini, walaupun ketika itu dirimu sedar bahawa nyawamu mungkin hilang dalam pertarungan ini...
Dikau celikkan matamu yang kuyu keletihan tatkala aku mengejutkan seisi rumah dengan tangisanku..
Dikau keluar bekerja membantu ayah mencari rezeki demi keluarga...
Dikau akan penuhi segala permintaan diri ini yang masih belum kenal erti kepayahan hidup...

Tatkala aku dahaga, ibulah yang memberiku susu...
Tatkala aku kelaparan, ibulah yang menyuapku nasi...
Tatkala aku mengantuk, ibulah yang menidurkanku...
Tatkala aku menangis, ibulah yang memujukku...
Tatkala aku didatangi masalah, ibulah yang membantu, memberi nasihat...
Tatkala aku masuk ke alam persekolahan, ibulah yang menyiapkan buku serta pakaianku setiap hari...
Tatkala aku membesar dan berjaya menempatkan diri di asrama, ibu berpisah dengan ku bersama linangan air mata...walaupun ia hanya perpisahan sementara...

Betapa besar kasih sayangmu buatku wahai ibu...
Ibu, dikau akan terus bertahta dalam hatiku...
Dikaulah wanita hebat, wanita gagah, wanita berani dalam hidupku walaupun dikau tidak pernah merasakan dirimu hebat, gagah serta berani...
Tapi inilah dirimu wahai wanita yang bergelar ibu...

Ketahuilah bahawa dirimu begitu berharga dalam kehidupan setiap insan. Buat mereka-mereka yang masih diberi kesempatan oleh Allah untuk merasa nikmat kasih sayang ibu, hargailah mereka sebaik mungkin kerna mereka bukanlah milik kita selamanya. Marilah kita sama-sama menzahirkan rasa cinta, sayang serta rindu buat mereka...WANITA BERGELAR IBU~~~

ibu serta ayah tercinta






Friday, March 4, 2011

kenapa perlu bersedih wahai diri ini....?

Dalam hidup ini, kesusahan, kekecewaan, tekanan dan kesedihan tidak pernah sunyi dari menjenguk hati-hati manusia. Sudah menjadi lumrah untuk merasa semua ini dalam kehidupan seharian. Namun adakah insan-insan yang tidak pernah merasa kesedihan? Alangkah bahagia bagi mereka yang tidak pernah merasa kesedihan kerana kesedihan, kekecewaan dan kegagalan yang cukup menyiksa diri dan hati. Kadangkala kesedihan ini tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk kata-kata, perbuatan mahupun reaksi muka. Hanya pemilik diri dan hati ini serta Dia Yang Maha Mengetahui sahaja yang mengetahui bagaimana remuk, hancur serta punahnya hati dan segala harapan tatkala bersedih. Seakan tiada lagi harapan serta jalan yang perlu ditempuh, seakan tiada lagi cahaya yang menanti. Inilah yang sering berlegar dalam benak fikiran serta minda-minda insan yang bersedih. Mungkin mereka-mereka yang tidak bersedih tidak merasakan semua ini, jadi usahlah memberi konklusi terlalu awal untuk mereka-mereka yang berduka hati ini. Ada yang disebabkan masalah peribadi, ada yang disebabkan kekasih hati dan dengan 1001 sebab lain yang boleh menyebabkan kesedihan.
bila hati berduka....
siapa yang menduga isi hati si kecil ini?





















Namun, sampai bila diri ini ingin terus berduka...?Lagi-lagi apabila kedukaan ini dicipta oleh insan lain ataupun oleh benda asing yang bukan milik kita. Adakah ia adil apabila melihat insan yang menyebabkan diri ini bersedih bergembira sedangkan hati ini terus bersedih dan terus bersedih. Ayuh bangkitlah wahai diri ini, terus maju ke depan, jangan kau tewas dengan perasaan kecewa ini, kerna kekecewaan, kegagalan serta kedukaan akan membuat dirimu lebih matang dari yang lain. 
Sememangnya semua insan ingin hidup bahagia, namun mengapa kesedihan masih terus mengunjungi kehidupan ini. Bahagia pasti tiba apabila diri ini mensyukuri saat-saat bahagia yang pernah ditempuh sebelum ini. Sebenarnya saat bahagia lebih banyak jika ingin dibandingkan dengan masa-masa sedih, namun mengapa masih ingin mengenang masa-masa sedih? Ayuh diri ini, lupakan sahaja saat-saat sedih namun jangan kau lupa untuk mengambil 1001 pengajaran yang kau peroleh tatkala bersedih. Masa lalu adalah untuk dilupakan walaupun ianya berat untuk dilupakan, ianya hanya untuk dilupakan. Jika ia tetap dikenang, percayalah diri ini bahawa tiada apa yang kau bisa lakukan kerana ianya telah pun berlaku, ianya telah pun berlaku dan ianya telah pun meninggalkan dirimu jauh dan semakin jauh. Tiada kenderaan canggih serta laju yang bisa membawa diri ini ke masa lalu. Jadi, mengapa masih ingin bersedih wahai diri ini? Syukurilah apa yang kita ada di saat ini walaupun apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan....Ayuh diri ini, lupakan saja apa yang telah berlalu dan berbahagialah!
Firman Allah : ......tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.

Tuesday, February 15, 2011

cinta ibarat digigit nyamuk...digigit sakit, digaru sedap..

cinta....
ibarat digigt nyamuk....?



    assalamualaikum...rasa hari ini nak cerita mengenai cinta disebabkan minggu ni ramai yang membicarakan tentang cinta...ada cinta yang baik dan tidak kurang pula dengan cinta yang tidak baik...kita tengok cinta yang tidak baik ni dulu yang mana bila cinta dibicarakan bersangkutan dengan sambutan Valentines Day yang turut disambut oleh sebahagian kecil umat Islam sendiri..kadangkala sebak hati melihat saudara-saudara seagamaku turut merayakan perayaan yang langsung tak diajar dalam Islam angkara kejahilan..cinta yang baik pula apabila cinta dibicarakan dan ditujukan buat kekasih Allah, Rasulullah s.a.w sempena sambutan hari kelahiran baginda...
    cinta ibarat digigit nyamuk...digigit sakit, digaru sedap...aku percaya madah ini dicipta dengan maksud percintaan membawa keperitan, kelukaan, kedukaan namun diakhiri dengan kenikmatan, kebahagiaan dan keseronokan..persoalannya, betul ke percintaan di usia remaja mampu membawa kepada kebahagiaan yang seharusnya diimpikan oleh semua yang bergelar muslim dan muslimat..dan adakah dengan menggaru setelah digigit nyamuk dapat membuahkan kenikmatan seperti yang digambarkan dalam madah ini..?kalau la yang menggigit itu si nyamuk Aedes, free2 je kena demam Denggi...jadi dimana kebenarannya..?
    bila nak tulis blog ni, aku teringat kat seorang senior..dia ada cerita aritu pasal kapel ni..dia cakap yang usia manusia ni average 63 tahun...zaman remaja dari umur 15 ke 21 tahun dan zaman dewasa seterusnya...persoalan saudara kita ni, kenapa kita nak wat perkara yang membawa kepada dosa dalam usia remaja yang pendek sedangkan kita dapat melakukan perkara yang sama dengan cara yang halal lagi ketika zaman dewasa yang lebih panjang...insyaAllah ketika mendengar persoalan ini, aku terdiam tak terkata kerana ada betulnya apa yang dikatakannya...tapi, mesti ada yang bersuara dan mengatakan, macam mana kalau tak sempat nak hidup sampai usia dewasa? muda2 dah mati...tak sempat nak rase ada balak, bf, awex, gf, karo...rugi ke kalau tak ada semua ini?? cuba bayangkan, kalau nyawa kita diambil semula Allah tanpa sempat nak bertaubat..bayangkan macam mana nak tampung semua dosa2 ini dengan amalan di dunia yang tak seberapa ini..Ya Allah, jauhilah aku, keluargaku dan sahabat2ku dari perkara ini...
    aku bukanlah seorang alim yang tak pernah melakukan dosa...aku pun pernah kapel dan bercinta ketika masih dalam kejahilan dulu..bak lirik dalam lagu HAMPA nyanyian TO'KI...aku hanya insan biasa...lemah pada rayuan manja..tapi aku bersyukur bila Allah memberi kesedaran pada aku untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa silamku dan dosa-dosa silam hamba-hambaMU yang telah bertaubat..aku pernah dengar dengan istilah ' kapel islamic '...aku personally, tak setuju ngan kapel islamic ini ( ini pandangan aku je, dan terpulang kat korang yang membaca ni nak terima atau tidak...asal jangan tembak aku sudah :) ) sebab memang boleh kalau tak nak jumpa, tak nak sms, tak nak call dan macam2 tak nak lagi...tapi mampu ke nak halang zina hati..?dengan hasutan syaitan lagi..atas bawah, kiri kanan si syaitan ni menghasut...mampu ke..? aku akui, sewaktu kapel, memang banyak dosa dilakukan samada dosa yang disedari mahupun dosa yang tak disedari dan yang tak disedari ini cukup bahaya..Islam melarang penganutnya menjalin hubungan haram ini bersebab..
    aku menulis ini kerana aku telah diberi kesedaran oleh Allah dan seperti ada tanggungjawab untuk menyampaikan kerana Rasulullah pernah bersabda..." sampaikanlah walaupun satu ayat..." tujuan aku menulis ini bukan untuk menghasut kalian semua memutuskan hubungan haram ini tetapi hanya untuk memberi peringatan kerna manusia memang mempunyai fitrah pelupa..semoga apa yang tercatat dalam nukilan ini mampu memberi sedikit manfaat buat diri aku terutamanya dan semua pembaca...insyaAllah..jadi di mana sedapnya menggaru setelah digigit nyamuk..?tepuk dada, tanyalah iman..